Sweet Follower

Saturday, 6 June 2015

sem break

Assalamualaikum. its been a long day since my last update hahahaha , nampak beno busynye LOL .

Okay since sekarang sem break (yang dah nak habis :( ) Let me share you something :D



*last 3 weeks(maybe) tak ingat aku pelupa hahaha. me with my girlfriends pegi sekolah ambil sijil SPM . dah mereput kat sekolah baru mau ambil LOL. *



*Then plan pegi sekolah nak jumpa Cikgu Suhana (cikgu BM f4/5) yg nak pindah Tenom , Kalau jumpa cikgu Suhana xsah kalau xketawa .Gonna miss you cikgu *


*selesai semua urusan sekolah , direct jalan-jalan la , it a must hahahahhaa .. where are we going? (bustop depan sekolah)*





*Oppss ! unplanned tau! HAHAHA . tetiba rasa nak melalak :P , well bukan selalu kan , lagipun semua girls hahaha , takut juga nak masuk tapi dah masuk hahahahahahah (syaitandahpengaruhkot T.T)



*part paling best - ain whatsapp tanya kat mana , rupanya dia ada kat sandakan yeayyy reunion kecil-kecilan hahahaha , last jumpa masa ambil result T.T , lepas rindu berkilo-kilo , Alhamdulillah*

Sebabkan semua sibuk , susah sangat mau kumpul, sebenarnya xcukup ahli lagi masa ne , Ayshah tiada :( , Ida tiada :( sedihhh laaa . InshaAllah nti ada masa nak kasi cukup semuaorang AAMIIN .



*and ini rasanya last jumpa untuk sem break kali ni , jumpa raya nanti :*

Gambar paling latest (Khamis 4/Jun/2015)
Iznie pun dah balik UITM , aku balik nextweek :( , Ika , Irah Kak Su tunggu result hehehe GOOD Luck semuaaaaa ;)

takda dalam gambar *ain-tunggu result* *ayshah-urus ipg yeyayy congrats**Ida-takbalik cutiii :(*


Even semua jarang jumpa tapi selalu contact ,and will not lost ctc INSHAALLAH. Lepas ne kita tengokla siapa kena pinang dulu* Hahahahahahahahaha...

Saranghae girlfriends till jannah(Allahumma Aamiin)

Byee ...

Friday, 17 October 2014

Lapan Belas Tahun Yang Bermakna :)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah ,syukur tak terhingga (16.10.2014),genaplah 18 tahun aku hidup di dunia yang penuh pancaroba .
Terima kasih ALLAH,ayah & mama ..

Dalam 18 tahun ,aku banyak belajar erti kehidupan.
Dalam 18 tahun ,aku harungi pelbagai cabaran.
Dalam 18 tahun ,aku singkap banyak kenangan manis mahupun pahit.
ALHAMDULILLAH :)

Terima kasih buat keluarga,rakan-rakan & semua yang mentipkan ucapan serta doa ,semoga Allah memberkati kalian semua, inshaAllah aamiin ..

  • Antara ucapan yang saya terima :

















Terharu dengan semua ucapan dan doa :)

*Semoga aku lebih matang dalam menempuh dugaan dalam hidup . Semoga aku dapat memperbaiki lebih baik lagi diri ini . Alhamdulillah :) 

Friday, 10 October 2014

Aku seorang penganggur ..

Hidup seorang penganggur,
Kalau tak tidur,dia akan mula mencapai handphonenya,membuka satu-satu laman sosialnya.
WECHAT ,
dia buka untuk membaca setiap moment yang kawan-kawannya titipkan,ada juga dia memberi komen sebaris dua ,mungkin sebab ada kaitan dengan dirinya atau dia terinspirasi sendiri dengan moment yang ditulis kawannya.
FACEBOOK ,
dia buka untuk melihat post daripada pelbagai spesis manusia ,ada yang memberi nasihat ,itu yang dia suka ,kerana dia suka inspirasi,dia cepat terinspirasi,tetapi ada juga spesis manusia yang tidak berfikir sebelum post sesuatu.Spesis sebegitu dia benci ,dia rasa semak ,tanpa berfikir dia akan unfriend atau block , sebab dia suka kerja mudah .
WHATSAPP ,
yang selalu buat handphone si penganggur ini berbunyi kerana aplikasi alah ini.Ada saja mesej baru masuk setiap hari ,bukan dari kekasih ,kerana dia belum ada kekasih , dia tidak suka berkasih . Selalunya mesej dari group family atau teman rapatnya .. Biarpun tiada mesej baru,dia sangat rajin untuk membuka laman sosial whatsapp ini untuk membaca mesej2 manis terdahulu.
INSTAGRAM ,
laman sosial yang terakhir dia akan buka selepas yang lain ,sebab dia tahu dia ambil masa yang lama di sini . Dia buka bukan untuk post gambar hari2,dia buka untuk membaca caption2 yang menarik ,melihat video anak2 kecil yang comel dan banyak karenah ,si penggangur spesis yang suka dan mesra budak2 ya ,itulah sebabnya dia suka melihat video anak2 kecil hihi.. Antara caption yang selalu memukau si penganggur ialah caption dari akaun instagram @fynnjamal .

Sebenarnya dia ada lagi daftar di laman sosial lain seperti Twitter,Ask.fm,Line,viber,beetalk dan mcam2 lagi , tapi tak seAktif yang lain..

Selepas selesai menelaah semua laman sosial miliknya , dia akan beralih pula mencapai remote tv, menonton rancangan yang sudah siap dia rakam seperti The Return Of Superman,Running Man , dan apa2 sahaja drama yang difikirnya best dia akan tonton.

Bukan tu sahaja rutin si penganggur , :)
dia akan pastikan rumahnya bersih dahulu baru dia akan meneruskan rutin seperti yang diatas tadi .

*Jangan berpikiran bahawa seorang penganggur hanya makan tidur makan tidur sahaja . Yang diceritakan di atas adalah yg biasanya dilakukan oleh hampir semua penganggur .

*untuk pengetahuan si penggangur yang dimaksudkan di atas juga menjalankan bisnes online dan bisnes cupcake , so not full time everyday dia cuma menghadap tv dan handphone .

JANGAN BERSANGKA BURUK KEPADA DIRI SEORANG YANG BERGELAR PENGANGGUR. :)

Thursday, 2 October 2014

Simple Garage Sale

Assalamualaikum..

InshaAllah sabtu ni (4 october) saya buat garage sale . Sebenarnya nak buat masa bulan september lepas ,tapi tak ada masa .
Ini first time saya dan kawan saya nak buat garage sale ,so excited tu agak OVER haha . Kami akan jual barangan 'new' and 'preloved' such as tudung ,baju,skirt,seluar,jubah and macam-macam lagi .yeppi :)

Yang lagi best ,kami letak harga mampu milik hihi .So semua org boleh datang and support we alls ..

Kepada yang dekat jemputlah datang ,boleh beli baju,tudung untk Aidiladha hehe ;P

Nahhh, untuk lebih lanjut baca poster bawah ni ...


see you there !

Saturday, 29 March 2014

2Ohb March 2013

Ya Allah ,
Terasa berat dugaan yang kurasa .
Saat aku ingin memberitahu Ayah tentang keputusan SPM aku ,
Ayah bagitahu melalui panggilan telefon .
... Atok dah tiada ...
Ya Allah . Aku terdiam ...
Airmata aku keluar .
Pertama perlahan ..
Lama-lama dia jadi deras ..
Jantung aku rasa dah jatuh ..
Aku terkejut ..
Ya Allah .. Aku tak mampu memikul ujian seberat ini ..

Setengah jam lepas tu , 
Ayah ambil aku kat sekolah ..
Aku peluk sorang-sorang kawan aku .
Aku nangis kat bahu diorang ..
dorang kata sabar ..
Aku diam ..

Sampai rumah , rushing kemas baju semua .
Aku dah blur .
Airmata masih mengalir .
Aku solat zohor ...
Aku doa ..
Aku sebenarnya rasa masi macam tak percaya ...

Ayah drive kereta .
Laju ...
Sejam lepas tu sampai .
Semua family ada .
Hanya beberapa org sepupu2 yg tak sampai lagi .
Aku terus meluru masuk ke bilik nenek .

Ya Allah .
Aku lihat jenazah Arwah Atok .
Ditutup kemas dengan kain .
Airmata aku mengalir lagi .
Ayah buka kain untuk tengok muka arwah ,
Sebak aku .
Aku dah tak tahan .
Aku nangis ..
keluar dari bilik ..

Aku lap airmata aku ..
kak ija cakap , xbaik nangis depan jenazah ..

Lagi sebak , 
lepas aku tengok nenek ,
tidur sebelah jenazah .
Kasih hingga akhir nyawa ~
kalau tengok wajah nenek , 
biar dia tak mengalirkan airmata,
kau boleh tahu ,
Dia lagi sedihh.. :(

Esoknya (hari dikebumikan)
Semua anak , menantu , cucu , cicit ,
dipanggil untuk cium dahi arwah buat kali terakhir .
Situ dapat lihat dan rasa kesedihan semua .
Aku cium dahi arwah , cium tangan arwah .
airmata dah tak tahan , tapi imam tu kata jangan sampai airmata mengalir d atas tubuh jenazah . aku kesat dulu .
tahan airmata .
Lepas dah cium dan tatap buat kali terakhir , aku keluar cium tangan mak tua .
semua tak tahan airmata .
Aku nampak .
Even anak buah aku , umur baru 10 tahun . 

Dia cakap dia rindu arwah atok ,
aku senyum .
taknak nampakkan sedih ..

Setiap malam buat bacaan Yassin .
Alhamdulillah semua urusan pengkebumian arwah atok selamat dan dipermudahkan olehNya .

*Setiap yang hidup pasti akan mati*
Semoga Arwah Atok(HJ SARUNAH BIN HAMID) ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman . In shaa Allah . Al-Fatihah . :(

Thursday, 6 March 2014

Masih belajar

Assalamualaikum sahabat-sahabat .

Entry kali ne saya nak update pasal benda yang saya tengah suka nak buat . 

Benda yang saya dah 'ADDICTED' sangat :)

Sebenarnya saya sekarang dah mula menulis puisi-puisi .
Saya tulis sendiri ya :)
Saya tak 'COPY' puisi penulis-penulis yang dah ada buku sendiri tu .
Saya 'just' baca dan cari idea sendiri selepas baca buku-buku diorang .

Saya memang dah lama minat menulis , dari sekolah menengah masa 'Form 3' lagi saya dah suka menulis ne .
Dulu saya start buat cerpen-cerpen sendiri .
Saya suka bercerita , saya suka menulis ,
mungkin sebab itulah saya sangat nak jadi PENULIS suatu hari nanti , In Shaa Allah . Doakan ya :)

Next entry In Shaa Allah , saya akan update semua puisi yang saya tulis sendiri . :)

Puisi ne , saya dulu tak suka .
Baru saja saya berjinak-jinak nak menulis puisi .
Semoga Allah redha dengan yang saya tulis . :)

Cukuplah untuk entry kali ne , tunggu next entry puisi saya ya :)

Hari yang dinanti

20hb March 2014 
Ditakuti
Dinanti
Digeruni
Dihitung

Tarikh .
Hanya tarikh .
Tetapi penuh makna .
Bermakna bagi ,
Calon SPM 2013 .

Semoga kami berjaya .
Peroleh keputusan yang baik,
yang kami mampu .
Mungkin tak semua akan berjaya .
Tapi semua itu pasti ada hikmahnya .

Percaya pada rencana Allah .
Semua yang bakal berlaku pasti yang terbaik,
buat kita ,
SEMUA .

Hanya doa dan tawakal ,
yang termampu buat saat ini .
Saat genting .
Genap 2 minggu sahaja lagi .

Semoga yang terbaik buat semua .
Apa yang diusaha selama ini ,
diharap ada hasilnya .
Tidak banyak ,
yang penting ada .
In Shaa Allah .

Doa ,
jangan putus doa ,
sehingga harinya tiba ,
berdoalah .
Sesungguhnya ,
ALLAH MAHA MENDENGAR .