Sweet Follower

Monday, 20 January 2014

Soal Hati

Kalau dikata tak kisah ,
Hati tetap menidakkan ,
Hati tak usah kau tipu ,
Orang mungkin mudah tertipu ,
Tapi tidak bagi hati .
Kalau dah sayang ,
Buat apa salah pun tak kisah,
Semua yang tak betul serta merta menjadi betul ,
Bukan mudah mempercayai sesuatu ,
Tapi kalau dah hati mengawal ,
Boleh parah jadinya .
Jika suka katakan suka ,
Jika bosan katakan bosan ,
Jika sakit katakan sakit ,
Jika tak mahu pergilah membawa hati ,
Jangan pergi meninggalkan serpihan-serpihan hati ,
Kerna tak mudah untuk melupakan ,
Mungkin mudah mengatakan di mulut ,
Tapi tidak dihati ,
Sebab hati tak pernah berbohong .
Ada yang kata ikut hati mati ,
Tapi itu semua pilihan kita ,
Pilihan kita tak usah orang peduli ,
Hidup kita ,
Hati kita ,
Tetapi ,
Hati-hati dalam memilih hati ,
Kelak salah pilih ,
Boleh jadi makan hati ,
SAKIT yang berpanjangan .

Kembali

Bissmillahirrahmannirrahim ... 
Agak lama menyepi tanpa update apa-apa di blog yang ku rasa sudah agak usang , mungkin kerana aku terlalu sibuk study? Biasalah hidup seorang pelajar SPM . Alhamdulillah aku kembali untuk menulis entri-entri terbaru dalam blog ini . Mungkin akan menjadi lebih kerap dari sebelumnya , daripada aku buang masa dengan benda yang xberapa nak berfaedah baik aku kongsi something yang best-best dalam blog ni kan, kalau bagus boleh beri manfaat kepada pembaca In Shaa Allah :) 
Lebih kurang 9 bulan lebih dah rasanya xupdate blog ni . Dah banyak sangat yang berlaku kepada diri aku sepanjang tempoh itu yang xlarat nak share semua dalam blog ini , tapi yang pasti ada sebuah cerita yang terjadi tahun lepas yang aku rasa sangat nak share , tahun lepas sampai sekarang masih aku xboleh lupa , mungkin sampai bila-bila ,, xdapat nak kategorikan samada kisah itu sedih?,gembira? , membawa bahagia?, membawa derita? hanya Allah tahu isi hati aku :) aku xpandai nak berbunga-bunga bagai dalam ayat-ayat blog aku , xsyok la kalau xjadi diri sendiri kan? Buat apa nak jadi TALAM DUA MUKA? di dunia realiti dia lain di dunia maya dia lain, hmm renung-renungkan dan selamat beramal hehe :) and aku cakap bukan nak judge sesiapa tetapi sebagai peringatan diri aku sendiri :) 

#ini sebagai mukadimah aku untuk entri 2014 ! tahun baru azam baru cerita baru , tapi aku tetap aku yang cuba improve diri untuk jadi lebih baik In Shaa Allah :)